Tawar seks serendah RM20

Spread the love

BUTTTERWORTH 3 Julai – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas didakwa mencabul dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pekerja wanita di sebuah kedai pakaian di Telok Ayer Tawar, di sini semalam.

Malah, suspek juga didakwa berani menawarkan RM20 untuk melakukan seks dengan mangsa yang berusia 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU),A Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa mendakwa telah ditolak secara tiba-tiba oleh suspek ketika bekerja sehingga dia terjatuh.

“Suspek didakwa telah mencium mulut mangsa sebelum membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluan ke arah mangsa.

“Wanita itu kemudiannya cuba bangun untuk lari dan sekali lagi suspek memeluknya dari arah belakang sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, suspek berjaya ditahan kurang 24 jam selepas kejadian tersebut iaitu pukul 2 petang semalam di rumahnya di Kulim, Kedah dan siasatan awal mendapati dia mengaku melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354/509 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.