‘Tiada guna UMNO kekal saham dalam Media Prima’

Spread the love

Tiada guna UMNO memiliki saham dalam Media Prima Berhad (MPB) kerana syarikat konglomerat media itu tidak lagi mesra terhadap parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, atas sebab itu tindakan UMNO menjual 11.09 peratus kepentingan parti dalam syarikat Media Prima Bhd kepada taikun berjaya, Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan langkah yang tepat.

“Satu keperluan untuk UMNO berbuat demikian. Media Prima dah tidak ada dalam kawalan UMNO lagi.

“Kalau kita ada saham minoriti pun tak ada makna juga, NST tidak mesra dengan kita juga lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.