Lelaki diisytihar mati ‘hidup’ semula

Spread the love

UTTAR PRADESH – Kubur sudah digali, ahli keluarga, sanak-saudara dan mayat juga sedia untuk dikebumikan.

Namun majlis pengebumian di India bertukar kepada situasi mengejutkan apabila lelaki yang dikatakan sudah mati itu mula bergerak.

Menerusi laporan Hindustan Times, mereka yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mohammad Furqan kehairanan apabila melihat lelaki itu, yang sudah disahkan mati oleh doktor sebenarnya masih hidup.

‘Mayat’ pemuda berusia 20 tahun itu digegaskan semula ke hospital dan diberikan sokongan ventilator.

Kisah yang berlaku di kawasan terpencil di Lucknow ini mengejutkan, menimbulkan persoalan mengenai sistem kesihatannya, menyebabkan siasatan dilakukan di negeri Uttar Pradesh.

Furqan yang tidak sedarkan diri sejak kemalangan pada 21 Jun diisytiharkan mati pada Isnin selepas keluarganya memberitahu sebuah hospital swasta (tidak dinamakan) yang merawatnya bahawa mereka telah kehabisan wang untuk membayar bil.

Dia dihantar pulang ke rumah dengan ambulans pada hari yang sama selepas doktor berkata dia telah meninggal dunia.

Abangnya, Mohammad Irfan berkata, kejadian itu membuatkan emosi keluarganya terganggu dan trauma dengan apa yang berlaku.

“Ketika kami sedang mempersiapkan pengebumiannya, ada antara kami melihat pergerakan anggota badan mayat. Kami segera membawa Furqan ke Hospital Ram Manohar Lohia di mana doktor berkata, dia masih hidup dan telah meletakkan sokongan ventilator.

“Kami telah membayar Rs7lakh (RM42,000) kepada hospital swasta sebelum ini dan apabila kami beritahu mereka bahawa kami telah kehabisan wang, mereka mengisytiharkan kematian Furqan,” katanya

Sementara itu, Ketua pegawai perubatan Lucknow, Narenda Agarwal berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.

“Kami mengambil maklum tentang kejadian itu dan ia akan disiasat dengan teliti.

“Pesakit berada dalam keadaan kritikal tetapi yang pasti bukan mati otak. Dia mempunyai nadi, tekanan darah dan refleksnya berfungsi. Dia telah pada sokongan ventilator,” katanya

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.