Pengguna mungkin boleh pilih pembekal eletrik selain TNB

Spread the love

Kerajaan sedang meneliti dan mengkaji cadangan untuk membenarkan pembekal elektrik baru memasuki pasaran dan hasil keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.

Jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, ini bermakna Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan lagi menjadi pilihan tunggal untuk pengguna di Semenanjung Malaysia mendapatkan bekalan elektrik.

“Kementerian sedang meneliti dan mengkaji cadangan untuk membuka sektor peruncitan elektrik bagi membolehkan pengguna memilih pembekal elektrik selain daripada TNB,” kata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam satu jawapan bertulis parlimen bertarikh 3 Julai.

Soalan dikemukakan oleh Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin mengetahui sama ada sektor itu akan diliberalisasikan untuk mempromosikan tarif yang lebih kompetitif.

Kementerian berkata satu kajian sedang dijalankan untuk menentukan sama ada pembukaan pasaran runcit elektrik dapat memastikan perkhidmatan bekalan elektrik dapat disediakan pada kadar tarif yang lebih kompetitif untuk pengguna.

“Sehubungan dengan ini, kementerian dijangka membentangkan hasil kajian tersebut ke jemaah menteri dalam tempoh terdekat bagi membolehkan hala tuju industri pembekalan elektrik ditetapkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.