‘Ada pihak merosakkan diri saya’ – Zahid Hamidi

Spread the love

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan penularan sepucuk surat akaun bersumpah yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau dengan tegas menafikan dan tidak menandatangani surat berkenaan.

“Merujuk surat akuan sumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya.

“Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden UMNO.

“Saya ingin nyatakan semua keputusan besar dan pendirian UMNO akan dibuat secara berpasukan. Bukan oleh saya secara individu,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.