Azmin nafi kena ‘boo’ di majlis peneroka Felda

Spread the love

Bagaimanapun, Azmin menafikan bahawa beliau diejek oleh hadirin ketika berucap di majlis tersebut.

“Tak ada (kena boo)… saya di sana berucap panjang, ada sedikit gangguan semalam, tapi bukan terhadap saya.

“Saya rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi kami tak tahu mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Menurutnya, beliau serta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang turut berada di situ disambut dengan sangat baik oleh hadirin yang sanggup datang dari seluruh negara.

“Ia menggambarkan sokongan peneroka Felda kepada model baru (dalam kertas putih) ini. Sebab itu perdana menteri guna ruang ini untuk mencerakinkan dan mengupas tentang apa dimaksudkan model baru Felda,” katanya.

Beliau juga enggan mengaitkan kekecohan itu dengan pembangkang memandangkan kejadian berlaku di negeri yang ditadbir Umno, manakala menteri besar serta exco kerajaan negeri turut hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda, Mohd Bakke Salleh; Pengarah Besar Felda, Dr Othman Omar, dan Ketua Peneroka Felda Sulong, Jamil Mohamed Shariff.

Semalam, tular klip video yang memaparkan sorakan seakan-akan mengejek Azmin sewaktu berucap di hadapan ribuan peneroka Felda pada majlis tersebut.

Apabila diminta mengulas mengenai kritikan Tokoh Ikon Felda Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang mengkritik sikap dan gaya hidup peneroka, beliau berkata ia cuma pandangan peribadi tukang masak terkenal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.