Cameron Boyce meninggal dunia ketika tidur

Spread the love

Aktor dan juga bintang Disney Channel, Cameron Boyce meninggal dunia semalam di Los Angeles pada usia 20 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert Iger yang mengesahkan berita itu.

Boyce meninggal dunia dalam tidur pada Sabtu lalu atas sebab kesihatan, kata keluarganya kepada portal berita TMZ.

Aktor itu terkenal dengan siri televisyen dan filem terbitan Disney seperti Descendants, Jessie dan Gamer’s Guide to Pretty Much Everything.

Dia juga berlakon dalam filem seperti Mirrors, Eagle Eye, Grown Ups dan Grown Ups 2.

“Syarikat Walt Disney berkabung dengan kehilangan #CameronBoyce yang juga rakan kepada kami. Mendiang juga penuh dengan bakat, hati dan kehidupan yang mulia serta pergi pada usia yang terlalu muda,” kata Iger di Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.