Syed Saddiq undang KJ sertai Bersatu

Spread the love

Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadduq Syed Abdul Rahman menjemput bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyertai Bersatu bagi memperkukuh kedudukan parti yang berhaluan sederhana buat masyarakat Melayu.

“Memandangkan Umno-PAS menjadi lebih ke kanan, sudah tiba masanya untuk Bersatu meletakkan kedudukannya sebagai parti berhaluan tengah untuk orang Melayu.

“Saya mahu mengundang Khairy untuk menyertai Bersatu. Sertailah orang-orang seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mustapha Mohamed.

“Bersama-sama kami akan memacu Malaysia bergerak ke hadapan,” katanya yang juga ketua pemuda Bersatu (Armada) pada ciapan di Twitter.

Syed Saddiq

@SyedSaddiq
As UMNO-PAS steer further to the right,it’s timely for BERSATU to position itself as the centrist party for the Malays.I would like to invite YB @Khairykj to join BERSATU. Join the likes of Tun, TSMY, DSMM & Tokpa.
Together, we can move Malaysia forward.http://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-terus-tolak-pelawaan-tun-m-lihat-sudut-positif-kj-211994 …

928
8:58 PM – Jul 6, 2019
Twitter Ads info and privacy

Jangan terus tolak pelawaan Tun M, lihat sudut positif – KJ | Astro Awani
Khairy berkata Dr Mahathir mempunyai asas dalam membuat pelawaan tersebut. | Berita Terkini, foto dan video, dunia dan Malaysia

astroawani.com
602 people are talking about this
Kenyataan Syed Saddiq ini selepas Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan berkata Dr Mahathir mempunyai asas apabila mempelawa semua parti Melayu untuk menyertai Bersatu.

“Saya fikir sebab di sebalik (pelawaan) adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan dengan serius.

“Beliau (Mahathir) bimbang politik Melayu terlalu berpecah belah, yang mana memang betul,” katanya.

MP Rembau juga berkata walaupun beliau “mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir mengenai banyak perkara” tetapi adalah “angkuh” untuk menolak apa yang diperkatakan oleh pengerusi Bersatu itu.

“… Tetapi mengenai isu Melayu yang berpecah, saya fikir itu betul,” kata Khairy lagi.

Mahathir kelmarin mempelawa semua parti Melayu, termasuk Umno menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu dan memastikan mereka memenangi pilihan raya umum.

Ini kerana katanya, orang Melayu terlalu berpecah belah dengan kewujudan banyak parti Melayu.

Bagaimanapun, pandangan Dr Mahathir ditolak beberapa pemimpin politik termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan dan AJK PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.