Saya rasa Instagram saya pun bukan free: Sharifah Sakinah

Spread the love

PELAKON Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesalnya dengan stesen televisyen yang seolah-olah menindas anak seni.

Menerusi perkongsian yang di buat di akaun Instagram miliknya, Sakinah, 30, berkata, mana-mana Instafamous yang keluar di kaca TV, diberikan bayaran, tetapi pelakon TV harus membuat promosi percuma di akaun Instagram mereka.

Kebiasaannya, apa-apa bentuk promosi yang dikeluarkan di Instagram pengaruh media sosial ini dikena bayaran oleh pemilik akaun media sosial itu.

“Apabila Instafamous keluar TV, mereka akan menerima bayaran. Tetapi apabila seorang pelakon kena buat promo di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma.

“Kalau ikutkan kedua-dua platform ini tempat kami cari makan. Nampaknya stesen TV cuba kaut untung dengan membayar pelakon hanya untuk lakonan mereka dan mengharapkan promosi percuma kepada jutaan pengikut tanpa membayar satu sen kepada pelakon.

“Nak ikutkan kontrak saya dibayar hanya untuk khidmat berlakon sahaja. Malah media sosial saya adalah ‘kerja’ sampingan yang saya jaga secara teliti selama ini,” luahnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal menerusi telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meminta pendapat sama ada dia perlu mengenkan bayaran untuk tujuan promosi di media sosial.

“Jadi apa pendapat anda? Terutamanya yang buat kerja di TV dan media sosial. Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi?

“Rasanya gaji untuk kerja berlakon je bukan untuk promo sekali dalam Instagram.

“Itu dah boleh dikira start charge tak? Nak tanya je. Sebab instafamous masuk TV kena bayar bukan free.

“So saya rasa Instagram saya pun bukan free. Saya rasa la,” tulisnya.

Perkongsian Sakinah itu menerima reaksi yang pelbagai, baik daripada rakan artis, mahupun pengikut Instagramnya.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.