“Sebuah pesawat nyaris berakhir dengan tragedi tetapi diselamatkan oleh kecekapan dan ketenangan juruterbangnya,” kata Setiausaha Agung Parti Pakistan Awami Tehreek (PAT), Khurram Nawaz Gandapur, Jumaat lalu. PAT merupakan parti pembangkang di Pakistan.

Klip video yang nyata simulasi itu bermula dengan sebuah pesawat Airbus 380 menghampiri bangunan pencakar langit sebelum berpatah balik dan mendarat di lapangan terbang di sebuah bandar.

Pengguna-pengguna Twitter tanpa belas kasihan mengecam ahli politik tersebut berhubung kenyataannya termasuk individu yang menghasilkan klip video itu sendiri.

“Saya menghasilkan klip video ini tiga tahun lalu semasa mengambil diploma dalam bidang animasi.

“Saya berbesar hati kerana ada orang percaya ia insiden sebenar,” katanya dalam mesej balas di Twitter.

Komen Khurram itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Beliau bukanlah orang kenamaan Pakistan pertama yang dianggap ‘kurang arif’ tentang teknologi.

Pada bulan lalu, seorang menteri Pakistan, Shaukat Ali membuat sidang akhbar dengan mengaktifkan aplikasi wajah kucing pada kamera yang digunakan tanpa menyedarinya. – Agensi