Dr. Mahathir yang racik-racik Melayu

Spread the love

Razlan Rafii

Orang Melayu tidak pandai politik, bila nak jadi presiden sahaja, tubuh parti baru, demikianlah kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohama pada sidang medianya baru-baru ini.

Tun kata, Orang Melayu bila nak jadi presiden sahaja buka parti baharu. Memang benar Tun, bila Tan Sri Muhyiddin Yassin nak jadi presiden, dia buat parti baru.

Tun mungkin terlupa yang Tun lah pengerusi parti baharu orang Melayu itu yang presidennya adalah Muhyiddin.

Adakah ini bermaksud Tun marah kepada Ibrahim Ali kerana beliau buka parti baharu? Atau Tun marah kepada Muhyiddin buat parti baharu?

Orang Melayu di bawah memang tahu Tun, parti PPBM ni mana ada ahli, nak buat lima cawangan satu bahagian pun tak dapat. Orang Melayu tak terima dah Parti PPBM.

Melayu bukan hanya pecah empat Tun, sebelah Tun tu nama dia Anwar, dia Presiden Parti PKR, orang Melayu pun ramai masuk PKR Tun, Parti PKR ni ditubuhkan sebab Ketua Polis Negara pi tumbuk mata Anwar, dan Tun yang cabar Wan Azizah buat parti ni.

Yang belakang tu Parti DAP, nama dia Antony Loke, masa PRU 14, Tun kata DAP ni bukan parti satu kaum, Tun kagum dengan DAP semasa Tun melawat banggunan DAP buat pertama kali, masa tu Tun, ada juga Melayu masuk DAP sebab Tun.

Nah hari ini dah ada Ketua Pemuda DAP berketurunan Melayu Tun, dua orang bertanding. Dua-dua Melayu di Johor.

Tun, di Sabah tu, Nama Presiden dia Datuk Seri Shafie, Tun kasi galakan kepada dia pi buka Parti Warisan Tun, dan Presiden dia pun Melayu Tun.

Demikianlah Orang Melayu di racik-racik oleh Tun! Pemimpin Melayu yang tubuhkan parti PPBM semata-mata mahu hilangkan kuasa orang Melayu.

Tun, orang Melayu ni memang tak pandai main Politik, malah orang Melayu ni sering kali mudah di pergunakan oleh orang seperti Tun.

Hari ini Tun dengan bangga menyerahkan watikah kepada 31 anak Melayu yang dapa melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Tun, hanya 31 orang sahaja ke? Semasa rakyat bertanya, mampukah pemimpin Melayu kerajaan menjaga kepentingan Melayu, dengan gah Tan Sri Muhyiddin kata Boleh! Tapi, sebelum ini Tun, ada 2-3 Billion di peruntukan untuk anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran, tak mampu menjaga Melayu ka?

Tak tahulah, sampai bila orang seperti Tun akan sedar, macam mana nak kasi sedar bahawa Melayu ini dipecahbelahkan oleh gerakan politik Tun sendiri.

Ini bukan satu kenyataan yang bongkak dan takabur, Tun patut lebih arif bagaimana nak menyatukan orang Melayu.

Parti-parti Melayu dan parti-parti pelbagai kaum, kebanyakkannya wujud dan digalakan oleh Tun M sendiri.

Hari ini Tun minta orang Melayu bersatu di bawah PPBM kerana namanya Bersatu! Orang Melayu sudah lama terguris hati dengan gerakan politik Tun.

Untuk mencari titik penyatuan, bukan perkara yang mudah. Dan hari ini, DAP terus ketawa dengan permainan yang dicipta oleh Tun sendiri.

Demi kuasa Tun pekakkan telingga dan sanggup bersama DAP!!

Tinggalkan lah DAP Tun!!!

NOTA: Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.