Kejadian itu turut tular menerusi video kamera rakaman litar tertutup (CCTV) berdurasi 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki perpakaian serba hitam mendekati seorang kanak-kanak yang memakai baju merah jambu sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kanak-kanak perempuan itu didakwa dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki yang turut menggeselkan kemaluannya ke punggung mangsa.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 6.19 petang ketika mangsa berada di kedai berkenaan bersama ibunya. Ibu mangsa kemudian memaklumkan kepada suaminya dua hari lalu sebelum laporan dibuat.

“Suspek dipercayai melarikan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut dan kita kini sedang menjalankan usaha mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Samsor, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.-UTUSAN ONLINE