De Ligt bakal sertai Juventus

Spread the love

PARIS: Matthijs de Ligt kian pasti menuju ke Juventus selepas Ajax mengumumkan bintang Belanda itu sudah tidak menyertai latihan pra musim di Austria bagi membolehkannya membuat persiapannya menuju ke Turin, Itali.

Ajax menerusi kenyataan semalam menyebut bahawa pemain berusia 28 itu tersenarai dalam latihan pra musim di Bramberg, Austria sambil menambah bahawa ‘Matthijs de Ligt tidak turut serta dalam kumpulan ini sebagai persiapan perpindahannya.’

Minggu lalu, ejen pemain itu, Mino Raiola memberitahu akhbar De Telegraaf Belanda, bahawa satu perjanjian antara Juve dan pemain itu dicapai dengan ikatan kontrak lima tahun membabitkan yuran perpindahan berjumlah 12 juta euro (RM57 juta).

Bagaimanapun, perjanjian itu dikatakan menemui jalan buntu kerana Ajax dilaporkan meminta sebanyak 75 juta euro (RM337.5 juta) namun akhbar Gazzetta dell Sport Itali pula melaporkan bahawa mereka akhirnya setuju dengan 70 juta euro (RM315 juta).

De Ligt, yang akan berusia 20 tahun bulan depan, dijangka menyertai Juve selepas memperaga aksi hebat ketika membantu kemaraan Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia juga mengetuai Ajax meraih kemenangan ke atas Real Madrid dan Juve, namun hampa apabila disekat Tottenham Hotspur meskipun mendahului 3-0 secara agregat pada aksi separuh akhir kedua.

Pembelian itu adalah keenam buat Juventus, yang sebelum ini membawa masuk Maurizio Sarri sebagai jurulatih menggantikan Massimiliano Allegri.

Juventus juga sudah mendapat khidmat pemain tengah Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot, Aaron Ramsey, Luca Pellegrini, Merih Demiral dan penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, yang kembali ke Turin selepas semusim bersama Rabiot di Paris.

Ajax dalam pada itu sudah menjual dua pemain bintangnya, iaitu Frenkie de Jong yang pindah ke Barcelona dengan yuran sebanyak 75 juta euro (RM335.94 juta). – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.