Menurutnya, beliau percaya Najib yang kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN mahu mengintai peluang untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Kata beliau, Najib dilihat mahu mengambil kesempatan kerana melihat masa hadapan parti itu cerah dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Mahu jadi Perdana Menteri lagi kah?, Bagilah peluang kepada anak muda, pimpinan baharu, cukup lah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Kem PLKN Kota Lama, Sauk di sini hari ini.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Dalam ucapannya, Mohamed Nazri terus mengkritik pelantikan Najib dengan menyifatka ia ibaratkan mencampakkan spanar ke dalam mesin yang sedang bergerak.

Menurutnya, perlantikan itu dibimbangi akan menjejaskan kerjasama antara UMNO bersama Pas yang dijalinkan sekarang.

“Apabila saya buat kenyataan tidak bersetuju, ramai yang marah. Inilah budaya UMNO masih tidak sedar dan masih lagi dengan sistem malu alah.

“Kesetiaan kita bukan kepada individu tapi kepada parti kita UMNO. Ya saya setia kepada Datuk Seri Najib sebelum ini kerana dia Presiden ketika itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE