Ukraine mandulkan pedofilia secara kimia

Spread the love

KIEV: Pesalah pedofilia bakal dimandulkan dengan suntikan di bawah undang-undang baharu Ukraine, lapor laman berita DailyMail, kelmarin.

Menurut agensi berita nasional Ukraine, proses kimia itu membabitkan suntikan anti hormon yang mengandungi beberapa bahan kimia yang menurunkan libido dan aktiviti seks.

Undang-undang itu akan dikuatkuasakan terhadap lelaki antara usia 18 hingga 65 tahun yang didapati bersalah merogol atau melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak bawah umur dan dijangka dilaksanakan terhadap ribuan pesalah, setiap tahun.

Pada 2017, data rasmi menunjukkan 320 perogol kanak-kanak di Ukraine, namun jumlah salah laku seks pedofilia di negara itu dipercayai sebanyak ribuan kes.

Undang-undang jenayah seks lebih ketat membabitkan kanak-kanak itu diluluskan dalam satu sesi khas parlimen Ukraine.

“Undang-undang Ukraine tidak mempunyai hukuman seumur hidup atau hukuman mati untuk jenayah terhadap kanak-kanak.

“Dengan undang-undang ini, perogol tidak boleh mengulangi kesalahan, selepas dibebaskan,” kata ketua Parti Radikal, Oleg Lyashko yang mencadangkan langkah pemandulan itu.

Di bawah undang-undang baharu itu juha, Ukraine akan menubuhkan satu daftar pedofilia yang pernah dipenjarakan atas kesalahan merogol kanak-kanak atau salah laku seks terhadap kanak-kanak.

Penjenayah sedemikian akan dipantau seumur hidup oleh polis, selepas bebas dari penjara. – Agensi/ DailyMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.