Tak timbul isu pecat Nazri, kata Annuar

Spread the love

KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah membangkitkan dan membincangkan mengenai pemecatan ahli yang mengkritik keputusan dalaman parti, kata Setiusaha Agung Umno Annuar Musa.

Beliau berkata demikian susulan bekas setiusaha agung Barisan Nasional (BN) Nazri Aziz yang mencabar Umno mengenakan tindakan terhadapnya kerana mengkritik pelantikan Najib Razak sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN.

“Tak timbul isu pun.

“Saya tidak tahu siapa yang bangkit soal pecat memecat, cabar mencabar itu. Barangkali media tanya soalan macam tu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, parti itu berpendirian, pandangan dan komen ahli parti terhadap keputusan dalaman Umno tidak sampai melanggar disiplin parti.

Semalam, Nazri dilaporkan berkata walau apa pun yang berlaku terhadapnya, beliau akan terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib sebagai penasihat gabungan itu.

Beliau turut meminta Najib supaya tidak menjadikan Umno sebagai perisai mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.

“Dia kata semua tuduhan itu fitnah, maka dia kena jawablah di mahkamah bukannya menjawab di jalanan,” katanya.

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.