PEGAWAI TADBIR DIDAKWA LAKUKAN PERBUATAN SEKSUAL TERHADAP ANAK SAUDARA

Spread the love

Seorang pegawai tadbir yang bertugas di jabatan pentadbiran kerajaan negeri ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya pada bulan lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 36 tahun membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya berusia 16 tahun satu bulan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Klebang Besar kira-kira pukul 3 petang pada 6 Jun dan 11.30 pagi keesokkannya.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd. Yunos tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun memohon nilai RM20,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan sekiranya pihak mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Peguam Azharuddin Azmi yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan ibu, isteri serta dua orang anak yang memerlukan perhatian.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Elesabet kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan tarikh 17 Ogos depan sebagai sebutan semula kes. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.