‘Kita semua sayang Azmin, tapi tentunya kita lebih sayang Malaysia’

Spread the love

Bekas Menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim menasihatkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador supaya tidak membuat kenyataan politik.

Bercakap kepada Malaysiakini apabila diminta mengulas lanjut ciapannya yang menggambarkan kenyataan ketua polis berhubung siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali sebagai sesuatu yang lucu.

Zaid juga mengingatkan Hamid supaya menjaga reputasi dan nama baik pasukan polis.

“IGP adalah seorang yang profesional. Dia tidak sepatutnya membuat penilaian dan bercakap tentang konspirasi politik.

“Dia hanya perlu mengumpul bukti dan menyerahkannya kepada peguam negara. Ini yang diharapkan oleh rakyat daripada pasukan yang tidak memihak dan profesional,” katanya.

“Kita semua sayang Azmin tetapi tentunya kita lebih sayangi negara ini,” katanya dengan nada sindiran.

Dalam ciapannya sebelum ini, Zaid mengulas kenyataan Hamid yang berkata bahawa proses pengecaman wajah Cybersecurity Malaysia gagal mengaitkan Azmin dengan video seks itu dan terdapat pakatan jahat melibatkan pemimpin sebuah parti parti politik dan melibatkan upah ratusan ribu ringgit dalam penghasilan video itu.

“Proses pengecaman wajah gagal membuktikan ia adalah Azmin.

“Mereka merumuskan ia konspirasi jahat untuk menjatuhkan individu dalam video itu, yang mereka gagal mengenal pasti. Kamu tentukan tidak boleh menjadi lebih lucu daripada ini,” kata bekas menteri itu.

Zaid Ibrahim
@zaidibrahim
Facial recognition process failed to established its Azmin; so says everyone in the know.They conclude it was an evil conspiracy to bring down the person in the video; whom they were not able to identify for sure. You can’t be more comical than this
211
10:05 PM – Jul 18, 2019
Twitter Ads info and privacy
131 people are talking about this

Dalam satu kenyataan semalam, Hamid berkata kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi tetapi muka pelakunya tidak dapat dicam.

Azmin sedang berdepan tuduhan terlibat dalam asmara sejenis dengan bekas pemimpin akar umbi PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Setakat ini lapan orang telah ditahan berhubung kes itu, termasuk pembantu presiden PKR, Anwar Ibrahim, dan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Haziq, yang telah dipecat dari PKR, mengaku pelaku dalam video kontroversi yang disebarkan kepada wartawan itu.

Azmin bagaimanapun menafikannya, mengancam tindakan undang-undang dan mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya.

Anwar turut menafikan penglibatannya dalam perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.