Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari kedua

Spread the love

Ringgit meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat akhir bulan, minggu depan.

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1118/1190 berbanding dolar AS daripada 4.1110/1150 semasa ditutup pada Isnin.

Seorang peniaga berkata pasaran bergerak dalam dagangan lengang pada tempoh bertenang Rizab Persekutuan.

“Tiada berita memberangsangkan pada awal minggu ini, tetapi dalam tempoh bertenang Rizab Persekutuan AS (Fed) ini, pegawai Fed yang biasanya sering memberikan ulasan kini semakin kurang memberikan komen mereka,” katanya.

Beliau berkata, para pelabur dilihat mengambil tindakan menunggu dan tidak memasuki pasaran sementara menunggu pengumuman daripada AS.

Semasa urus niaga ditutup hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0177/0189 daripada 3.0219/0253 semalam dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8056/8079 daripada 3.8104/8151.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.1220/1244 daripada 5.1248/1306 sebelumnya dan naik berbanding euro kepada 4.6023/6042 daripada 4.6109/6166.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.