Real kehilangan Asensio

Spread the love

MADRID – Pemain sayap Real Madrid, Marco Asensio dijangka terlepas beraksi sepanjang musim depan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika menentang Arsenal dalam aksi persahabatan, kata kelab Sepanyol itu.

Real berkata pemain Sepanyol berusia 23 tahun itu akan menjalani pembedahan segera di mana dia menerima kecederaan tersebut beberapa minit selepas menjaringkan gol penyamaan ketika pasukanya menewaskan The Gunners dalam penentuan penalti di Amerika Syarikat (AS), Selasa lalu.

“Selepas menjalani pemeriksaan terhadap pemain kami, Marco Asensio, pasukan perubatan Real Madrid mendapati dia mengalami ACL di lutut kirinya.

“Pemain ini akan dibedah dalam masa terdekat,” kata Real.

Laporan media Sepanyol mengatakan kecederaan tersebut akan mengakibatkan dia direhatkan selama enam hingga lapan bulan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.