Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Spread the love

Bursa Malaysia berada dalam kedudukan negatif pada akhir dagangan pagi, selari dengan laporan pendapatan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.90 mata kepada 1649.68 daripada 1,656.58 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras, yang dibuka 2.84 mata lebih rendah pada 1,653.74, bergerak antara 1,649.22 dan 1,653.77 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 436 berbanding 253, manakala 370 kaunter tidak berubah, 869 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.38 bilion saham bernilai RM905.96 juta.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan dan bursa serantau akan terus didagangkan pada aliran menurun dipengaruhi oleh keadaan tidak menentu menjelang perjumpaan antara wakil AS dan China.

“Perunding perdagangan Amerika akan ke China untuk cuba menyelesaikan perbezaan pendapat mereka iaitu berhubung perdagangan dan teknologi dan geopolitik,” katanya.

Beliau berkata, pasaran hari ini turut memberi tindak balas negatif selepas ECB memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pelabur menjangkakan ECB mengurangkan kadar faedahnya berikutan kelembapan ekonomi, katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.