NABIL PASANG NIAT NAK JADI PENGGALI KUBUR

Spread the love

Penghibur Nabil Ahmad menyimpan hasrat mahu menjadi penggali kubur selepas bersara dari dunia hiburan pada suatu hari kelak.

Pelawak itu berkata ia diharap dapat menjadi amal jariah dan kebajikannya.

Justeru, bagi memudahkannya menyempurnakan keinginan itu, Nabil menjelaskan dia sedang membina kediaman bersebelahan tanah perkuburan di Negeri Sembilan.

“Insya-Allah, apabila sudah bersara nanti, ada juga rumah untuk berehat, jauh daripada hiruk-pikuk kota.

“Teringin juga nak menyumbangkan kudrat dengan membantu penggali kubur dan sebagainya pada masa hadapan,” katanya yang juga pengacara itu dipetik BH Online.

Nabil berkata, sebenarnya rumah tersebut dibina bersama adik-beradiknya bagi memenuhi impian ibu bapa mereka.

Katanya, dia tergerak hari untuk membina kediaman tersebut selepas menerima pelawaan untuk memberikan sumbangan dan bantuan bagi memperbaiki masjid di kawasan kampungnya.

“Alhamdulillah. Mereka masih ingatkan saya dan ia dianggap seperti penghargaan buat anak kampung seperti saya.

“Dahulu, rumah mak saya juga berhampiran masjid dan berdekatan dengan kubur.

Sementara itu, mengulas isu mencampak tanjak ketika menjayakan sebuah program televisyen baru-baru ini, Nabil mengakui kekhilafan dilakukannya.

“Seperti dikatakan sebelum ini, bukan niat saya memperlekehkan bangsa dan adat Melayu, terutama tanjak yang dipakai.

“Selepas tamat program itu, saya fikir semula, tindakan itu tidak wajar. Maklumlah, apabila naik pentas, mulalah ‘naik sheikh,’ katanya.

Menurutnya, memang dia seorang yang mudah melakukan kesilapan, tetapi dia juga cepat menyedari sekiranya berlaku sesuatu kesalahan.

“Kalau dilihat, saya tidak pernah mengulangi kesilapan sama.

“Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan saya banyak belajar daripada pengalaman lalu,” kata Nabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.