Siapa yang ambil gambar Nazim?

Spread the love

SERONOK tengok gambar-gambar percutian pelakon Nazim Othman di Maldives. Rasa seolah-olah macam kita turut sama berada di lokasi tersebut.

Kata orang, tak berpeluang bercuti jauh, dapat cuci mata tengok foto-foto yang dikongsikan oleh Nazim dalam Instagram pun sudah rasa indah sahaja fikiran kita, betul tak?

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah sekeping foto yang memaparkan Nazim sedang berendam dalam tab mandi dipenuhi dengan buih sabun.

Maka, banyak pertanyaan nakal membanjiri ruangan komen yang mempersoalkan siapakah gerangan orang yang mengambil gambarnya?

Difahamkan Nazim pergi bercuti seorang diri tanpa bawa teman. Entahlah, tuan badan sahaja yang tahukan.

Ala… mungkin Nazim guna kamera ‘timer’ di telefon bimbit untuk merakamkan momen sedang memanjakan diri. Zaman sekarang teknologi sudah semakin maju dan canggih, jadi pelbagai kaedah boleh digunakan, Jangan pula fikir yang bukan-bukan!

https://www.utusan.com.my/hiburan/siapa-yang-ambil-gambar-nazim-1.944007

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.