Dalilah pecah rekod dunia 400m lari berpagar

Spread the love

JUARA Olimpik, Dalilah Muhammad mencatat rekod baharu dunia acara 400 meter lari berpagar dengan catatan 52.20 saat dalam Kejohanan Padang dan Balapan Amerika Syarikat di Des Moines, awal pagi tadi.

Dalilah yang meraih emas di Olimpik Rio de Janeiro, mengatasi catatan 52.34s kepunyaan atlet Russia, Yuliya Pechonkina yang dilakukan pada 2003.

Berlari di atas trek basah selepas hujan pada tengah hari, Dalilah yang berusia 29 tahun meluru laju meninggalkan pencabar lain dan tiba di garisan penamat mengatasi pemenang tempat kedua, Sydney McLaughlin.

“Saya sangat terkejut,” kata Dalilah. “Jurulatih saya kerap memberitahu saya mampu melakukannya dan saya percaya kata-katanya dan berusaha melakukannya.

“Saya amat berharap ia menjadi kenyataan, jadi saya perlu buktikan.”

Sydney yang menewaskan Dalilah di Liga Berlian Oslo musim ini mencatat 52.88 saat manakala Ashley Spencer di tempat ketiga (53.11s).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.