Pelabur asing lupus RM53.4j ekuiti tempatan minggu lalu

Spread the love

Dana asing di bursa melepaskan sejumlah RM53.4 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu – aliran keluar asing terbesar mingguan dalam tempoh enam minggu.

Bursa memulakan minggu lalu dengan permulaan yang ‘ganas’ apabila dana asing melupuskan sejumlah RM45.8 juta pada hari Isnin, kebetulan dengan penurunan 0.2 peratus dalam bursa tempatan meskipun dagangan antarabangsa perkembangan positif, kata MIDF Research.

Presiden Trump pada hari Isnin bertemu dengan ketua-ketua eksekutif syarikat teknologi dan bersetuju membuat keputusan mengenai Huawei Technologies.

Walau bagaimanapun, pelabur antarabangsa kembali kepada ekuiti tempatan dengan belian bersih RM50 juta.

Dana asing bagaimanapun menjual sejumlah RM5.6 juta ekuiti tempatan menjelang pertemuan Bank Pusat Eropah (ECB) yang mana mungkin akan memberi isyarat lagi pelonggaran kadar faedah.

Firma penyelidikan itu berkata, Khamis lalu menyaksikan tahap tertinggi belian dana asing kepada RM58.3 juta, sekali gus melonjakkan bursa tempatan sebanyak 0.3 peratus untuk ditutup pada 1,657 mata

Prestasi itu selari dengan pasaran bursa lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipinan selepas ekuiti Amerika Syarikat melonjak ke paras tinggi semalaman.

MIDF Research berkata, Jumaat ternyata sibuk apabila pelabur asing melupuskan ekuiti tempatan melebihi RM100 juta kepada RM110.3 juta – tahap yang tidak dilihat dalam 10 hari urus niaga.

Sebahagian besar keraguan pada hari Jumaat telah dicetuskan oleh isyarat oleh ECB yang sedang bersedia untuk mengurangkan kadar faedah jangka pendek dan mungkin memulakan semula program pembelian bon gergasi untuk menangani ekonomi zon euro.

Dengan berbaki satu hari dagangan untuk bulan ini -Julai adalah bulan yang menyaksikan aliran masuk dana asing selepas pelabur antarabangsa membeli RM254.8 juta ekuiti tempatan.

Setakat tahun ini, aliran keluar dana asing berjumlah RM4.41 bilion, berbanding enam pasaran Asia lain yang dipantau
(Korea, Thailand, Indonesia, India, Taiwan dan Filipina) menyaksikan kemasukan dana asing dengan India penerima terbesar. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.