Pelakon Polis Evo 2 Syafie Naswip belasah Aishah bekas tunang kerana ditegur ‘Semburit’

Spread the love

Siapa sangka pelakon muda Syafie Naswip adalah seorang ‘kaki semburit’ yang memukul bekas tunangnya

Pelakon lelaki Polis Evo 2 Syafie Naswip ditahan malam tadi selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan gay dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, Syafie Naswip dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 9 pagi hari kejadian.

“Bekas tunangnya Aishah Azman yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat.

“Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan Aishah yang meminta Syafie untuk tidak meneruskan hubungan gay Syafie dengan kenalannya,” katanya memetik laporan Harian Metro

Ismadi berkata, Syafie yang bengang dengan permintaan Aishah itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut Aishah sehingga berdarah.

“Aishah ada mengambil gambar, namun dipadam oleh Syafie Naswip  secara senyap selain diugut oleh suspek berkenaan.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku,” katanya.

Beliau berkata, Syafie Naswip ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi.

“Hasil soal siasat dilakukan, Syafie Naswip mengaku memukul Aishah. Bagaimanapun, Syafie Naswip  kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan,” katanya.

[http://sabahkini2.com/en/news/2123/pelakon-polis-evo-2-syafie-naswip-belasah-aishah-bekas-tunang-kerana-ditegur-semburit/view]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.