Untung bersih Bursa Malaysia merosot

Spread the love

Keuntungan bersih Bursa Malaysia turun 20 peratus tahun ke tahun kepada RM46.34 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 daripada RM58.21 juta berikutan perolehan operasi yang lebih rendah bagi Pasaran Sekuriti dan Derivatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, perolehan pada suku berkenaan juga merosot 12 peratus kepada RM123.96 juta daripada RM140.56 juta tahun sebelumnya.

Ia seterusnya menyebabkan pendapatan sesaham Bursa Malaysia berkurangan daripada 7.2 sen sesaham kepada 5.7 sen sesaham bagi suku kedua 2018.

Ujarnya, bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih bursa saham tempatan itu merosot 24 peratus tahun ke tahun kepada RM93.19 juta daripada RM122 juta, manakala perolehannya juga turun 14 peratus kepada RM250.49 juta berbanding RM291.27 juta tahun lalu.

“Prestasi pasaran saham sejajar dengan jangkaan apabila pelabur terus mengamalkan sikap berhati-hati untuk separuh pertama tahun ini. Meskipun persekitaran operasi yang mencabar, kami akan terus membina kekuatan terutamanya seperti yang dilihat dalam pasaran modal Islam, yang terus menunjukkan momentum positif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.