Neymar ancam enggan bermain buat PSG

Spread the love

Neymar mungkin tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini selepas juara Perancis itu meletakkan harga terlalu tinggi buat penyerang Brazil tersebut.

Menurut akhbar Britain, The Sun, PSG hanya bersedia menerima tawaran 273 juta pound (RM1.37 bilion), nilai yang hampir mustahil dapat dipenuhi mana-mana kelab, termasuk Barcelona.

Berang dengan perkembangan itu, Neymar, 27, dikatakan memberitahu pihak pengurusan PSG, dia tidak bersedia untuk bermain buat mereka lagi dalam mana-mana perlawanan.

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, Neymar yang memiliki kontrak sehingga 2022 di PSG terdesak untuk kembali ke Barcelona, namun juara Sepanyol itu tidak mampu membayar harga yang diletakkan.

Buat masa ini, Neymar belum beraksi dalam sebarang perlawanan pramusim PSG, sebaliknya hanya menjalani latihan bersendirian sepanjang pasukan berada di China.

Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Barcelona, Josep Bartomeu dalam mesyuarat Persatuan Kelab Bola Sepak Eropah pada 15 Ogos ini bagi menamatkan kemelut yang berpanjangan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.