OKU, gay sertai Dewan Senat

Spread the love

TOKYO: Parlimen Jepun memulakann sesi istimewa semalam dengan menampilkan anggota dewan senat dari pelbagai latar belakang termasuk lebih ramai kaum wanita, dua ahli cacat anggota dan seorang gay, kesemuanya dipilih bulan lalu OKU, gay sertai Dewan Senat.

Maharaja Naruhito membaca watikah dalam upacara yang dihadiri anggota kedua-dua dewan.

Kerusi dalam Dewan Senat dikeluarkan untuk memberi laluan kepada kerusi roda dua ahli cacat angggota (OKU), Eiko Kimura yang menghidap palsi serebrum manakala Yasuhiko Funago mengalami Sklerosis Lateral Amiotrofik atau ALS.

“Saya terkejut melihat ramai yang datang. Saya cuba memenuhi jangkaan orang ramai,” kata Funago menerusi seorang pembantu yang memerhatikan pergerakan matanya ketika meneliti surat di hadapannya.

Pilihan raya bulan lalu menambah 28 wanita, menjadikannya 56 jumlah anggota wanita dalam dewan senat yang memiliki 245 kerusi atau hampir 23 peratus, meningkat berbanding 21 peratus sebelumnya.

Turut hadir pada majlis pembukaan itu adalah Taiga Ishikawa, senat yang secara terbuka mengaku gay selepas menang kerusi dengan sokongan Parti Demokratik Perlembagaan Jepun.

HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.