Macau Scam, pesara kerajaan rugi RM30,000

Spread the love

Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM30,000 selepas dipercayai ditipu oleh sindiket Macau Scam di sini pada 31 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 60-an dikatakan terjerat dengan sindiket tersebut selepas menerima panggilan telefon yang mendakwa dari sebuah mahkamah di Melaka.

Beliau berkata, dalam perbulan tersebut, sindiket itu mendakwa mangsa dituduh di mahkamah berkenaan bagi menghadapi perbicaraan kes saman kad kredit yang tertunggak melebih RM16,000 pada minggu lalu.

“Bagi meyakinkan, suspek telah meminta mangsa membuat laporan di ‘Balai Polis Melaka’ pada hari berkenaan bagaimanapun pada masa yang sama, suspek telah menyambungkan panggilan tersebut ke balai polis tersebut dan mangsa bercakap dengan tiga ‘pegawai polis’

“Ketika itu mangsa diberitahu jika hendak selesaikan kes luar mahkamah, mangsa perlu menghubungkan terus akaun bank dengan mahkamah dan mereka turut mengajar mangaa menukarkan nombor telefon bimbit untuk perbankan internet kepada nombor telefon milik suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad berkata, pada keesokannya mangsa baru terfikir untuk menyemak berhubung kad kredit itu dengan pergi ke bank dan mendapati tiada rekod.

Katanya, mangsa juga terkejut apabila wangnya sebanyak RM30,000 lesap.

“Berikutan kejadian itu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.