MANCHESTER CITY JUARA PERISAI KOMUNITI

Spread the love

MANCHESTER City muncul juara Perisai Komuniti selepas menewaskan Liverpool 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley malam tadi.

Penjaga gol City, Claudio Bravo muncul wira The Citizens apabila menyelamatkan sepakan penalti Georginio Wajnaldum.

Ilkay Gundogan, Bernardo Silva, Phil Foden, Oleksandr Zinchenko dan Gabriel Jesus masing-masing menyempurnakan sepakan penalti buat City.

Xherdan Shaqiri, Adam Lallana, Alex Oxlade-Chamberlain dan Mohamed Salah pula menyudahkan sepakan penalti buat The Reds.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar 90 minit, sekali gus pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Penyerang City, Raheem Sterling terlebih dulu membuka tirai jaringan pada minit ke-12 sebelum tonggak pertahanan Liverpool, Joel Matip menyamakan kedudukan pada penghujung babak kedua.

Kejayaan itu menyaksikan City menjuarai Perisai Komuniti buat kali kedua berturut-turut selepas mereka melakar kemenangan 2-0 ke atas Chelsea musim lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.