Menopaus kini boleh tangguh 20 tahun

Spread the love

Wanita kini boleh melewatkan menopaus hingga 20 tahun melalui satu prosedur selama 30 minit yang ‘menipu’ jam biologi seseorang yang menyangka mereka lebih muda berbanding umur sebenar.

Prosedur pembedahan terbaru itu dijangka mengubah kehidupan ribuan wanita yang menderita kesan sampingan menopaus yang teruk seperti osteoporosis dan masalah jantung.

Bagi jutaan wanita lagi, melewatkan menopaus mampu mengurangkan masalah fizikal dan emosi mereka seperti rasa panas, kurang nafsu seks, berpeluh dan perubahan emosi secara tiba-tiba.

Prosedur berkenaan yang dibangunkan oleh pakar kesuburan yang menerajui kaedah IVF, menggunakan tisu yang diambil dari ovari sebelum dinyahsejuk-beku dan ditanam semula di ketiak.

Menurut The Sunday Times, 10 wanita Britain berusia 22 dan 36 tahun sudah menjalani prosedur berkenaan yang ditawarkan secara rahsia kepada wanita berusia hingga 40 tahun.

Seorang pesakit, Dixie-Louise Dexter yang berasal dari Woodville, Derbyshire berkata, prosedur berkenaan mengubah hidupnya.

Guru berusia 33 tahun itu disahkan menghidap endometriosis pada usia 20 tahun dan menjalani histerektomi atau pembedahan membuang rahim pada tahun lalu.

Ketika menjalani pembedahan membuang rahim itu dia terus melakukan prosedur berkenaan di mana tisu ovarinya ditanam kembali di badannya.

Hasilnya, dia tidak lagi mengalami kesan sampingan menopaus seperti kesakitan, perubahan emosi dan sukar tidur pada waktu malam.

“Kualiti hidup saya bertambah baik secara dramatik. Saya tidak percaya kaedah mudah dan sesuatu di dalam badan saya boleh mengubah hidup saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.