Pasukan khas tangani ancaman musim haji

Spread the love

MEKAH – Sebarang ancaman boleh berlaku kepada jemaah sepanjang musim haji dan kekuatan pasukan keselamatan menjadi satu keperluan.

Justeru kerajaan Arab Saudi telah menyiapsiagakan kesemua pasukan keselamatannya dan melancarkannya malam tadi melalui satu perarakan khas simbolik kekuatan bagi menghadapi ancaman.

Sebahagian aksi pasukan keselamatan semasa perarakan khas di Mekah malam tadi.
Operasi itu menyasarkan keselamatan jemaah haji turut melibatkan penyertaan pasukan khas tentera Arab Saudi.

Perarakan itu dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz Naif.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Naif.
Sementara itu, Gabenor Wilayah Mekah, Putera Khalid al- Faisal yang juga ketua jawatankuasa haji memberitahu, kira-kira 350,000 anggota daripada pelbagai sektor terlibat berkhidmat untuk jemaah haji tahun ini.

Semasa perarakan, kekuatan pasukan khas juga dipamerkan menerusi segmen menghadapi serangan pengganas, kepakaran seni mempertahankan diri dan kecekapan pemanduan kenderaan pasukan berkenaan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.