Israel lanjut rancangan bina lebih 2,300 rumah peneroka haram – NGO

Spread the love

BAITULMAQDIS: Israel melanjutkan rancangan membina lebih 2,300 penempatan haram di jajahan diduduki Tebing Barat, terbaharu dalam siri kelulusan sejak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memegang jawatan, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Satu jawatankuasa perancangan Kementerian Pertahanan memberi kelulusan itu ketika mesyuarat beberapa hari lalu, kata NGO, Peace Now dalam satu kenyataan, menambah 2,304 unit kediaman itu kini dalam pelbagai peringkat kelulusan.

“Kelulusan pelan penempatan itu adalah sebahagian dasar bencana kerajaan direka untuk menghalang perdamaian mungkin dan penyelesaian dua negara (dengan Palestin) serta menduduki sebahagian atau keseluruhan Tebing Barat,” kata Peace Now yang memantau rapat pembinaan penempatan Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar sebelum pilihan raya April lalu untuk melanjutkan penempatan haram di Tebing Barat, tindakan dituntut kumpulan haluan kanan negara itu.

Minggu lalu, kabinet keselamatan Israel memberi kelulusan jarang dibuat untuk membina 700 rumah Palestin di sebahagian Tebing Barat di bawah kawalan penuh negara itu sambil meluluskan 6,000 rumah untuk peneroka haram.

Wakil Peace Now, Hagit Ofran berkata, butiran rancangan itu tidak didedahkan secara umum dan sesetengah daripada 6,000 rumah peneroka haram mungkin termasuk dalam kelulusan jawatankuasa minggu ini. -AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.