Marah pelaksanaan Jawi, jalur putih Jalur Gemilang ditukar hitam

Spread the love

Gara-gara marah berikutan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan seorang pengerusi sebuah syarikat ternama didakwa menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh lelaki bergelar Tan Sri tersebut ditularkan oleh warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati bendera Malaysia.

Dalam tangkap layar hantaran itu, Tan Sri berkenaan berkata, warna hitam tersebut berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

“Ini mungkin projek yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan selepas mewajibkan Jawi sebagai keutamaan berbanding ‘Tangkap Jho Low’ dan ‘Pendakwaan Najib’. Hahaha,” tulis lelaki berkenaan.

Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang kepada warna hi
Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang kepada warna hi
Pada hantaran yang telah dipadamkan di Facebooknya itu, Tan Sri berkenaan juga berkongsi pautan sebuah artikel yang ditulis beliau berhubung isu pelaksanaan pendidikan tulisan Jawi.

“Saya pasti semua orang tahu mengenai berita di Malaysia terutama berkaitan isu khat.

“Saya telah menulis artikel berdasarkan pandangan saya dan mungkin anda juga berkongsi sentimen yang sama,” tulis Tan Sri tersebut. Dalam artikel itu turut diletakkan gambar Jalur Gemilang dengan jalur putih ditukar warna hitam.

Semakan di Facebook ahli perniagaan tersebut mendapati warganet meluahkan kemarahan terhadap tindakan Tan Sri berkenaan.

“Aik dah padam, kurang ajar ye. Ingat langsi sangat,” komen Mohammad Asyraf Mohd. Nor.

“Adakah ini hantaran anda? Sangat kurang ajar,” tulis Ahmad Yasir.

“Lucut balik jawatan Tan Sri dia ni,” komen Amirul Sofyan Syafiq.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.