650,000 pekebun kecil bakal gulung tikar

Spread the love

Keputusan Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkenaan bantuan tanaman semula yang tidak akan diteruskan dilihat sebagai keputusan kejam.

Selain tidak memikirkan soal nasib dan masa depan pekebun kecil, kementerian tidak langsung sensetif dengan permasalahan yang berlaku di kalangan pekebun kecil dalam negara.

Hampir 650,000 pekebun kecil dalam negara bakal gulung tikar kerana tidak mampu untuk teruskan pengusahaannya.

Malah tindakan kerajaan menghentikan semua skim bantuan untuk Pekebun Kecil merupakan satu penganiayaan. Pekebun kecil dalam negara. Kebanyakkan pekebun kecil telah berumur malah tidak mempunyai pendapatan tetap selain bergantung pada hasil tanaman pengusahaannya.

Oleh itu, tindakan menghentikan bantuan penanaman semula sebenarnya menekan kehidupan golongan pekebun terus melarat sejak harga sawit merudum teruk tahun lalu.

Tindakan kerajaan menghentikan bantuan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bukanlah satu cadangan yang baik untuk meningkatkan ekonomi negara sebaliknya dilihat sebagai satu usaha untuk menghentikan perusahaan tanaman sawit di masa akan datang.

Keputusan ini adalah tidak adil dan ianya harus dikaji semula demi kesinambungan hidup pekebun kecil yang rata-ratanya adalah di kalangan orang yang kurang berkemampuan.

Selain itu, pembatalan skim ini akan memberi kesan terhadap sosiekonomi negara kerana pendapatan negara juga bergantung pada hasil tanaman yang diusahakan pekebun kecil.

Oleh itu, pihak kerajaan sebenarnya harus memikirkan cara terbaik untuk membantu pekebun kecil bukan menekan kehidupan pekebun kecil dengan menghentikan skim bantuan tanaman semula dengan alasan yang tidak munasabah.

Sebagai Menteri yang diamanahkan untuk meningkatkan pendapatan industri dalam negara, Teressa Kok seharusnya sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan semula industri tanaman kelapa sawit. Bukannya ambil langkah mudah dengan membatalkan skim itu tanpa memikirkan nasib pekebun-pekebun kecil yang rata-ratanya bumiputera Melayu.

DATUK DR. DOMINIC LAU

Presiden Gerakan Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.