‘Cash is king’ jaga kepentingan, kebajikan rakyat – Najib

Spread the love

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan ‘cash is king’ membawa maksud kepada persoalan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di negara ini.

Justeru, bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak timbul seperti mana cakap-cakap sebelum pilihan raya umum yang lalu bahawa beliau membeli undi sebaliknya apa yang dilakukan dan dilaksanakan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah semata-mata untuk rakyat.

“Saya bermaksud bukan secara literal. Apabila disebutkan ‘cash is king’ sebenarnya maksud saya rakyat itu ‘king’. ‘Cash’ itu kita gunakan untuk bantu rakyat.

“Sebagai sebuah kerajaan, tanggungjawab kita mesti tolong orang yang memerlukan pertolongan. Orang miskin, orang yang ada masalah, anak mahu pergi sekolah tidak cukup wang mahu beli pakaian, beli kasut , kalau ada masalah dari segi keluarga yang uzur dan sebagainya. Ini semua kumpulan yang kita kategorikan sebagai kumpulan yang memerlukan pertolongan,” katanya seperti dipetik portal UMNO Online.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia, di sini malam tadi.

Wacana berkenaan bertajuk ‘Hard Truth : Cash Is King’ dan program tersebut disiarkan secara langsung menerusi Facebok UMNO Online. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.