Ekonomi perlahan, BNM dijangka turunkan kadar – Kenanga

Spread the love

Terdapat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) memilih satu lagi penurunan kadar pada akhir tahun ini selepas pengurangan sebanyak 25 mata asas pada Mei, berdasarkan prospek ekonomi global yang perlahan, menurut Kenanga Investment Bank.

Firma penyelidikan itu berkata, BNM mempunyai ruang untuk melaksanakan satu lagi penurunan kadar pada September jika prospek ekonomi terus merosot dan Rizab Persekutuan AS memberi isyarat kepada satu lagi penurunan kadar pada tahun ini.

“Mengenai prospek ringgit, kami menyemak semula unjuran akhir tahun kami ke atas dolar AS dan ringgit kepada RM4.20 daripada RM4.10 berdasarkan China dijangka membenarkan yuan merosot, penurunan harga minyak dan kemungkinan yang tinggi BNM menurunkan kadar faedah,” katanya dalam nota hari ini.

Semalam, bank pusat mengumumkan rizab antarabangsa naik kepada AS$103.9 bilion sehingga 31 Julai 2019, daripada AS$103.3 bilion sehingga 15 Julai 2019.

Menurut BNM, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.