Penembak hendap tinggalkan ‘mesej’ di Pejabat UMNO Pekan

Spread the love

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi berkongsi cerita tentang satu ‘mesej’ untuknya daripada penembak hendap di ibu pejabat UMNO Pekan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, ‘mesej’ tersebut dihantar menerusi tingkap pejabatnya menggunakan senapang jarak jauh pada kedudukan 200 meter.

Sehingga hari ini pengirim peluru itu masih bebas.

“Setahun lebih sebelum PRU ada penembak tepat kirim peluru ke bilik saya di UMNO Pekan,” katanya dalam program bual bicara anjuran UMNO di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Cerita luar biasa itu dikongsikan ketika beliau ditanya tentang perubahan pendekatan politiknya sebelum dan selepas PRU-14.

Tambah Najib, beliau akui dirinya kini lain berbanding ketika memegang jawatan kerajaan.

“Ada protokol yang perlu saya ikuti. Saya dikongkong seolah-olah ada pagar mengelilingi saya, sedangkan itu bukanlah kehendak saya.

“Sekarang ini tidak mengapa, hendak letak tangan atas bahu pun tidak ada masalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.