Real tawar RM563 juta beserta Modric untuk Neymar

Spread the love

Real Madrid mengorak langkah saat akhir dengan menawarkan 110 juta pound (RM563 juta) beserta Pemain Terbaik Dunia, Luka Modric bagi mendapatkan Neymar.

Penyerang Brazil itu sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona selepas berulang kali memberitahu, dia mahu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun selepas membawa masuk Antoine Griezmann, juara La Liga itu enggan mengeluarkan belanja terlalu besar bagi membawa pulang Neymar yang dijual kepada PSG dengan harga 198 juta pound (RM1.02 bilion) pada 2017.

Secara realistik, Real satu-satunya pasukan yang berkemampuan untuk memenuhi yuran perpindahan dan tuntutan gaji tinggi untuk membeli Neymar, malah mereka juga akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane sudahpun membawa masuk Eden Hazard dan Ferland Mendy pada musim panas ini, namun menambah Neymar dalam senarai pembelian bukan perkara mustahil.

Menurut akhbar Sepanyol, Sport, Presiden Real, Florentino Perez berharap pakej tawaran RM563 juta beserta Modric dapat menjadikan perpindahan Neymar ke Santiago Bernabeu satu kenyataan.

Menurut akhbar itu lagi, Perez sendiri telah menghubungi Neymar bagi memaklumkan mengenai hasrat mereka dan apa yang boleh ditawarkan kepada pemain berusia 27 tahun itu.

Real kini hanya menunggu keputusan PSG untuk melengkapkan perjanjian. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.