Perkara tersebut diakui sendiri Mohd. Tamyes yang menafikan melakukan dakwaan sedemikian terhadap rangkaian pasar raya runcit berkenaan.

“Itu tidak benar,” katanya ringkas seperti dipetik portal berita Free Malaysia Today, hari ini.

Walau bagaimanapun, Mohd. Tamyes enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum ini, satu perbualan kononnya gesaan Mohd. Tamyes supaya orang ramai memboikot Mydin kerana dikaitkan dengan sokongan terhadap golongan Syiah tular dalam aplikasi WhatsApp.

Mesej yang turut tersebar dalam laman media sosial itu juga mendakwa Mydin tidak mahu membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebaliknya memberi sumbangan khums kepada kumpulan Syiah.

“Makluman, Mydin itu syarikat Syiah, dia tidak mahu bayar zakat pada LZS. Dia bayar khums kepada kumpulan Syiah.

“Satu ketika dia dapat geran bekal baju sekolah agama dari LZS, pun tetap tak bayar zakat. Oleh itu Mydin pun patut diboikot juga,” kata pesanan tersebut.

Khums merupakan salah satu bentuk cukai harta dalam Islam, yang antara lain diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak yatim.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin yang dihubungi Free Malaysia Today turut enggan mengulas mengenai dakwaan berkenaan. – UTUSAN ONLINE