Kekalahan tersebut bagaikan mengulangi keputusan musim lalu apabila Napoli mengalahkan Liverpool 1-0 dalam pertemuan pertama mereka di peringkat kumpulan.

Reds bagaimanapun menang 1-0 di Anfield sebelum melepasi peringkat kumpulan dan seterusnya muncul juara kali keenam.

Dalam perlawanan di Stadium San Paolo hari ini, Liverpool menguasai permainan dan mensia-siakan beberapa peluang baik untuk mencipta jaringan.

Ketika perlawanan seolah-olah akan berkesudahan 0-0, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti kontroversi, lapan minit sebelum tamat permainan.

Andy Robertson didakwa menjatuhkan Jose Callejon dalam kawasan penalti biarpun Video Bantuan Pengadil (VAR)

jelas menunjukkan Callejon sudah terjatuh sebelum sentuhan dilakukan.

Dries Mertens menyudahkan sepakan dengan sempurna untuk Napoli mendahului 1-0.

Dua minit memasuki waktu kecederaan, Fernando Llorente yang merupakan sebahagian anggota skuad Tottenham yang kalah 0-2 kepada Liverpool dalam final musim lalu, menggandakan kedudukan 2-0. – AGENSI