Kesemua tertuduh, Madukasi James James, Mmoya Ifeijika S., Madukasi Daniel James, Ononkwu Tochukwu John, Madukasi Jonathan John, Kennedy Ifechukwu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu selesai dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berumur 25 hingga 32 tahun didakwa menipu 13 orang individu sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM1.4 juta.

Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 18 hingga 62 tahun dan antaranya bekerja sebagai jurutera, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Vista Lavender Persiaran Kinrara Seksyen 3 Puchong di sini antara 7 April 2014 hingga 3 Jun lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 120(B)(1) kanun yang sama yang sama. – UTUSAN ONLINE