Dalam kertas cadangan yang dihantar kepada Khazanah Nasional, Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong berkata, sekiranya cadangan pengambilalihan itu berjaya firma pelaburan itu akan menurunkan kadar tol sebanyak 20 peratus.

“RRJ bersedia untuk bergerak segera dengan penasihat kewangan dan teknikal kami akan memulakan perundingan dan kajian kebolehupayaan jika cadangan tawaran kami diterima,” katanya dalam surat bertarikh 25 September seperti yang dipetik oleh Channel News Asia.

Diasaskan bersama abangnya warga negara Malaysia, Richard dan Charkes Ong, RRJ beroperasi dari pejabat di Hong Kong dan Singapura.

Pasukan adik-beradik itu merupakan perunding veteran yang telah berjaya meraih modal berbilion dolar di RRJ yang dilaburkan dalam pelbagai syarikat di seluruh dunia.

Perkembangan terbaru RRJ ini datang selepas kerajaan Malaysia menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara.

PLUS dimiliki oleh Kumpulan UEM sebanyak 51 peratus yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah dan bakinya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP. – UTUSAN ONLINE