AZMIN BUKAN LAGI TIMBALAN PRESIDEN PKR?

Spread the love

Hadir Kongres Maruah Melayu – Azmin Beri Gambaran Tinggalkan PKR?

 

Mengejutkan sekali apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan hadir ke Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati pagi ini. Selepas perubahan lokasi dari Stadium Axiata ke Malawati, kemunculan Azmin merupakan satu lagi kontroversi mengenai krisis dalaman PKR.

 

Tanpa kelibat Presiden PKR yang tidak menerima jemputan penganjur, adakah Azmin kini dilihat sebagai calon ‘favourite’ Mahathir dalam rangka susunan kabinet Tun M sekaligus mengekang kemaraan Anwar serta desakan peralihan kuasa? Perlu diingatkan Professor Zainal Kling sendiri telah ‘terlepas mulut’ apabila menyatakan PKR adalah parti ‘Bukan Melayu’ maka Anwar tidak dijemput namun apa pula peranan Timbalan Presiden PKR hadir ke program itu?  Adakah ini isyarat Azmin akan tinggalkan PKR dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau bersama Tun M?

 

 

Ada juga khabar mengatakan Azmin ‘terpaksa’ hadir bagi memberi isyarat beliau masih ada kekuatan dan sokongan dari kalangan Ahli Parlimen PKR untuk Tun M namun ada juga berpendapat kini beliau telah ‘Hilang’ sebilangan sokongan tersebut. Bagi memulihkan kepercayaan Mahathir kepadanya, beliau perlu hadir walau jelas kenyataan Zainal Kling agak kontra dengan kedudukannya (Azmin) dalam PKR itu sendiri. Azmin perlu berani menyatakan pendiriannya dalam menjawap kehadirannya ke Kongres tersebut.

 

 

Yusman Zahari

Presiden Penulis Siber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.