Beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang pembidaan dan akan membuat keputusan mengikut kesesuaian dan kehendak negara.

“Apa-apa pembidaan oleh sesiapa akan dikaji kerajaan, kalau ia (bidaan) sesuai dengan kehendak kita, kita akan layan permintaan mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan firma ekuiti persendirian milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd yang berpangkalan di Hong Kong menaikkan tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion yang ditawarkan sebelum ini.

Pemegang saham utama PLUS, Khazanah Nasional Bhd pada 5 Oktober lalu dilaporkan berkata tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak. – Bernama