Pengilang India Henti Beli Minyak Sawit Malaysia, , Reaksi Kepada Kritikan PM Malaysia Di PBB

Spread the love

MUMBAI: Pengilang India menghentikan pembelian minyak sawit Malaysia bagi penghantaran November dan Disember kerana bimbang New Delhi akan menaikkan cukai import atau menguatkuasakan langkah-langkah lain bagi mengurangkan import dari Kuala Lumpur, kata lima pedagang hari ini.

Pembelian lebih rendah oleh India, pembeli terbesar minyak sawit Malaysia setakat ini pada 2019, boleh membawa kepada inventori lebih tinggi dan memberi tekanan pada harga minyak sawit Malaysia, tetapi membantu Indonesia meningkatkan penghantaran ke India.

India sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan import beberapa produk dari Malaysia termasuk minyak sawit sebagai reaksi kepada kritikan perdana menteri Malaysia terhadap New Delhi atas tindakannya di Kashmir, kata Reuters pada Jumaat.

“Pedagang di kedua-dua belah pihak keliru. Mereka tak tahu bagaimana nak rancang penghantaran mereka,” kata Sandeep Bajoria, ketua eksekutif Sunvin Group, pengimport minyak sayuran yang berpangkalan di Mumbai.

Sebagai langkah berhati-hati, “pembeli berminat dengan penghantaran dari Indonesia bagi mengelakkan sebarang kesan duti yang lebih tinggi.”

Bagi Oktober, kebanyakan kontrak import sudah ditandatangani, kata peniaga sebuah firma perdagangan yang berpangkalan di Mumbai.

Beliau menambah import turun mulai November kerana kontrak-kontrak baru belum ditandatangani dengan penjual Malaysia.

Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.