BEKAS TIMBALAN MENTERI ‘KANTOI’ SEBAR BERITA PALSU, APA TINDAKAN PIHAK BERKUASA?


Mohon Maaf Bukan Bermakna Boleh Lepas Tindakan Undang-Undang

 

Tular di media sosial satu kongsian daripada akaun facebook bekas Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh berkaitan isu Covid-19.

Kongsian awal Fuziah yang menunjukkan suasana kecoh di bangunan CIQ Johor Baharu. Kapsyen beliau Sedang berlaku di ICQ JB. Situasi luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai ramai. Harap adalah hotel 5 bintang untuk quarantine mereka”

 

Bagaimanapun pihak ‘Friends Of PDRM’ mengeluarkan kenyataan penafian berlaku kekecohan seperti didakwa Fuziah. Menyedari berita yang disebarkan itu palsu, paparan tersebut telah diturunkan dari akaun facebook Fuziah dan ‘admin’ telah membuat permohonan maaf. 

Ternyata Fuziah selaku bekas Timbalan Menteri Pakatan Harapan secara jelas menyebarkan berita palsu dan ‘berniat’ mahu menimbulkan panik kepada rakyat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Covid-19. Apakah kedudukan beliau sebagai bekas Timbalan Menteri membolehkan beliau lepas dari tindakan pihak berkuasa selepas menyebarkan berita palsu? Perlu diingatkan TIADA SESIAPAPUN BERADA DIATAS UNDANG-UNDANG lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Umum tahu PKP telah berjalan hampir sebulan dan semua rakyat diminta mematuhi arahan. SKMM pula saban hari mengingatkan rakyat agar tidak menyebar berita palsu yang boleh menyebabkan panik kepada rakyat tetapi Fuziah seakan ‘kebal’ dari sebarang tindakan. 

Rakyat memerhati apa tindakan pihak berkuasa terhadap penyebaran berita palsu yang disebarkan Fuziah. Jangan sampai hanya kerana Fuziah terlepas dari sebarang tindakan maka ada yang akan mengikut jejak langkah seperti dilakukan Fuziah dengan alasan bekas Timbalan Menteri boleh lepas dari tindakan mengapa ada prosedur lain terhadap rakyat biasa?


Leave a Reply

%d bloggers like this: