MENTERI EKONOMI JEMPUT JKPP DAN NGO BERBINCANG KEBAJIKAN, KEPENTINGAN PENEROKA FELDA

 

Individu Bangkrap Tidak Berhak Halang Pertemuan Cari Sinar Baru Untuk Kebaikan Peneroka Felda

 

Situasi yang masih belum pulih dari pandemik Covid-19 bermula 18 Mac 2020 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ke-3 bermula 15 April hingga 28 April 2020 turut menjejaskan pendapatan warga peneroka Felda.

Berikutan fasa ke-3 sedang berlangsung, sudah pasti kalangan peneroka yang terjejas perlu juga diberikan perhatian. Walaupun program Pusat Mengumpul Keperluan Rancangan (PMKR) hasil inisiatif peneroka (tanpa sebarang bantuan daripada Pengarah Besar Felda mahupun Felda) telah mencapai 90% kejayaan membantu keperluan peneroka Felda, masih banyak yang perlu dijana bersama bagi menjaga kepentingan Felda sebagai salah satu pengeluar komoditi negara.

Justeru itu Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menerusi sepucuk surat telah menjemput Ketua Peneroka dan NGO yang bernaung di bawah Felda untuk satu pertemuan dengan Menteri Ekonomi bagi membuat satu perbincangan mengatasi masalah yang dihadapi ketika Covid-19 dan tempoh PKP berlangsung. Adalah diharapkan perbincangan ini kelak akan membawa satu sinar baru buat peneroka felda dan generasi felda sekaligus menjamin kesinambungan Felda seterusnya.

Bagaimanapun ada juga ‘suara sumbang’ yang seakan menentang pertemuan ini daripada berlaku. Membuat tuduhan liar tanpa usul periksa selain menuduh Mazlan Aliman akan dibawa masuk semula ke Felda bagi menguruskan hal ehwal peneroka amat dikesali. Mazlan Aliman sendiri merupakan lantikan politik dalam satu agensi kerajaan semasa Pakatan Harapan dan telah dipecat. Perlu diingatkan dalam surat tersebut, jemputan adalah kepada semua NGO yang bernaung bawah Felda dan mereka hanya boleh menghantar seorang sahaja wakil (rujuk surat) bagi perbincangan atas faktor keselamatan kesihatan. Mengapa perlu menghalang sekiranya tiada sesuatu sebaliknya? Sudahlah sehingga PKP fasa ke-3 baru Pengarah Besar Felda ‘turun padang’ melihat kejayaan PMKR, jumlah peruntukan yang dikatakan beliau luluskan masih belum diketahui jumlahnya jadi tiada sebab bagi mana-mana individu menjadi penghalang pertemuan ini. 

Senario ‘politiking’ dalam Felda hanya merugikan peneroka sekaligus menampakkan barisan lantikan  Pakatan Harapan dalam pengurusan Felda hanyalah ‘indah khabar dari rupa’. Seharusnya lantikan lantikan bersandarkan politik semasa Pakatan Harapan ini berasa malu dan perlu meletakkan jawatan apabila GAGAL membantu Peneroka Felda sepanjang 22 bulan PH berkuasa. Itu belum lagi kisah cadangan menjual FGV kepada pihak ketiga ketika Pakatan Harapan berkuasa. Adakah lantikan PH ini hanya tahu menjarah aset aset Felda yang sekian lama dibina atas kudrat dan airmata peneroka Felda sebagaimana terjadi kepada Agensi lain? 

 

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: