Tiga kaki pancing selamat selepas berdepan detik cemas bot bocor

LUMUT, 8 Mei — Tiga lelaki tempatan berdepan detik cemas apabila bot fiber yang dinaiki untuk memancing bocor awal pagi tadi dan terpaksa berada di laut selama beberapa jam.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 30-an itu keluar ke laut untuk memancing sejak semalam sebelum bot yang mereka naiki bocor pada kira-kira 2 pagi di perairan Pulau Sembilan di sini.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat panggilan kecemasan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak sebelum dua aset iaitu Kapal Maritim (KM) Gagah serta bot ronda Kilat 11 dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Mereka berjaya ditemui nelayan di tebing berhampiran pada kira-kira 6 pagi tadi manakala bot dinaiki mereka karam sepenuhnya,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
%d bloggers like this: